Kisah Pendapatan dari Adsense

Kisah Uang Adsense.....yang di alami oleh kawan kita....



Bila saya katakan ada orang yang sudah menerima wang sebanyak 1.000 US$lebih menerusi internet hasil dari website yang dibuat.Banyak orang tidak percaya tentangnya…
Jika anda jumlahkan uang yang diterima setiap bulan sepanjang tahun 2006, yaitu pada bulan Januari hingga Disember, keseluruhannya adalah berjumlah USD3000 lebih.. bersamaan dengan Rp11.000.000 lebih. Ya, itulah jumlah pendapatan sampingan yang telah di perolehi menelusuri internet sepanjang tahun 2006. Walaupun jumlah itu masih belum menjadikan seseorang menjadi jutawan, tetapi ia sudah mencukupi untuk memenuhi kebutuhan hidup sekeluarga tenang dan gembira. Lepaslah duit minum kopi orang kata…

Pendapatan sampingan itu diperolehi hasil daripada penyertaan di dalam program google adsense, yaitu sebuah program yang dikelolakan oleh google, yaitu sebuah serikat “internet search engine” yang terbesar di dunia. Malahan, apa yang lebih menarik, sehingga kini, dia masih lagi menerima cek dari google pada setiap bulan.

Pendapatan itu diperolehi :

1. Tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar sehingga beratus-ratus atau beribu-ribu rupiah.
2. Tanpa perlu menelusuri internet setiap hari selama 2-3 jam.
3. Tidak perlu bersusah payah mencari pembeli untuk menjual wang elektronik seperti e-gold/stormpay/paypal atau wang-wang elektronik yang lain misalnya.
4. Tidak perlu mencari downline.
5. Tidak perlu melaburkan semula uang yang diperolehi pada setiap 12 hari atau pada setiap bulan atau pada setiap tahun untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan.

Apa yang dilakukan hanyalah membuat sebuah website, kemudian menyertai program google adsense dan akhir sekali menarik orang ramai ke website itu. Itu saja! Hanya 3 langkah. Cukup bulan, ada rezeki, dapat check dari google. Ha! Ha! Ha! Bagaimana? Mudah bukan?

Sebenarnya, saya kurang gemar untuk menggunakan perkataan “uang mudah” didalam menerangkan program adsense ini kepada anda. Ini kerana, “uang mudah” sebenarnya tidak wujud di dunia ini. Untuk mendapatkan uang yang banyak dari program adsense ini, anda perlu mengelola website dan juga berusaha menarik ramai orang ke website anda. Jadi, untuk membuat 2 perkara tersebut bukanlah mudah sebenarnya, banyak yang perlu anda lakukan dan usahakan.

Walau bagaimanapun saya suka menyatakan bahwa, inilah program yang paling cepat, mudah dan berterusan memberikan uang dibanding program-program pendapatan uang di internet yang lain.

Apa itu Google Adsense?

Kata orang, sebelum anda pandai membaca, mulailah belajar mengeja dan ABC dahulu, barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum nak dapat duit dari google,anda tahu dulu apa itu google adsense!.

Google Adsense sebenarnya adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang dijalankan oleh google. Menerusi program ini, google akan membayar semua pemilik-pemilik halaman web yang sudi memaparkan iklan-iklan anjuran google di website mereka. Perkiiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, kalau ada orang klik iklan tu, baru dia bayar. Kalau orang tak klik.. google tak bayar la.

Wah! Bangkrut lah Google kalu begini? Berapa juta orang yang join program ni! Mampukah Google bayar orang-orang itu semua?

Ops! Jangan risau…. Sebenarnya, duit yang digunakan untuk membayar pemilik-pemilik website itu bukanlah duit dari google. Tetapi duit tersebut sebenarnya diperolehi dari pihak-pihak yang ingin mengiklankan website mereka di google.
Pada mulanya, google meletakkan iklan-iklan orang yang membayar ini di website google saja.

Jika anda perasan, setiap kali apabila anda membuat carian di website google, anda akan dapati, terdapat beberapa keputusan yang dipaparkan di dalam kotak di sebelah kanan yang bertajuk “Sponsored Link”

Iklan-iklan yang dipaparkan dibagian tersebut sebenarnya adalah merupakan iklan-iklan yang berbayar. Dimana, pemilik-pemilik iklan tersebut akan membayar google dengan nilai tertentu setiap kali orang ramai meng”klik” iklan tersebut.

Tetapi kini, dengan program adsense, google telah membuka peluang pengiklanan tersebut kepada pemilk-pemilik website yang lain pula. Jika dulu, iklan tersebut hanya dipaparkan di website google, kini, iklan-iklan berbayar tersebut boleh dipaparkan di website anda. Jika dulu google yang mendapat uang apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut, tetapi kini, anda pula yang akan mendapat duit apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut.

Wah!! Bodohnya.. google? Orang bagi dia buat duit suruh buat iklan, dia bagi pula duit itu ke orang lain!

Oh tidak.. Google bukan sebodoh itu. Sebenarnya, bayaran yang dibuat oleh pengiklan-pengiklan itu, tidak lah 100% masuk ke dalam dompet anda. Google sebenarnya telah memecahkan uang tersebut kepada 2 bahagian. Peratusan pecahan itu pula tidak diketahui berapa jumlahnya, mungkin 40-60, mungkin 30-70, atau mungkin 20-80. yaitu, 20% kepada google, 80% kepada anda. Itu hanya anggaran saja, pecahan peratusan yang sebenar tidak dibedakan oleh pihak google. Kalau anda tahu.. tanyalah google sendiri. Kalau dapat tahu, kasih tahu saya yacccch.

Bagaimana mengikutinya????

Mudah saja, hanya 2 langkah saja.

Langkah Pertama: Website
Anda perlu mempunyai sebuah website. Sebaik-baiknya, website anda menggunakan bahasa inggris. Jika anda masih tidak mempunyai sebuah website, buatlah satu. Jika anda tidak tahu membuatnya, anda boleh belajar atau mengupah orang lain untuk membinanya.

Kemudian, dapatkan webhosting & nama domain yang berbayar. Jangan meletakkan website anda di tapak-tapak webhosting yang percuma seperti geocities atau freewebs. Google tidak akan menerima website-website yang menggunakan perkhidmatan webhosting percuma.

Oleh itu, dapatkanlah perkhidmatan webhosting berbayar. Kos untuk mendapatkan webhosting & nama domain kini sungguh murah, lebih-lebih lagi dengan kemunculan sempoihosting.com, iaitu penyedia perkhidmatan webhosting fleksibel yang pertama di dunia. Di sempoihosting.com, anda sudah boleh memliki nama domain & webhosting murah per tahunnya.

Jangan anggap uang yang anda keluarkan itu sebagai kos, tetapi, anggaplah ia sebagai modal pelaburan. Ini karena, uang yang anda boleh dapati dari program adsense ini lebih banyak & lebih besar lagi nilainya.

Walau bagaimanapun, jika anda memangn seorang yang sangat miskin dan melarat serta tidak mampu untuk mengeluarkan uang. Ada satu lagi cara untuk anda memiliki website, yaitu dengan menggunakan penyedia perkhidmatan weblog percuma.

Anda boleh menghasilkan sebuah weblog untuk diri anda sendiri secara percuma di blogspot.com, blogdrive.com, danchan.com atau penyedia-penyedia weblog yang lain. Terdapat beratus-ratus penyedia perkhidmatan weblog di internet yang menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma.

Anda hanya perlu daftar dan buat weblog anda.

Jika tujuan utama anda membina website semata-mata untuk mendapatkan duit dari program adsense ini. Anda perlu memilih topik yang sesuai untuk website@weblog anda. Pilihlah topik yang anda paling mahir dan paling banyak ilmu mengenainya.

Tidak pandai menulis atau tak tahu tulis apa? Jangan risau, lawati www.articlecity.com , di sana terdapat banyak artikel yang boleh anda gunakan dan ia diberikan secara percuma.

Langkah Kedua : Jadi Ahli Adsense

Setelah anda mempunyai website@weblog, anda perlulah memohon menjadi ahli adsense (membuka accunt adsense).

Untuk membuka accunt google adsense, mudah saja. Klik pada banner dibawah


Kemudian klik pada“Click Here To Apply”.
Masukkan maklumat anda dengan lengkap. Pastikan maklumat yang anda masukkan adalah betul dan tepat. Jangan tipu-tipu, kalau tidak, check anda tidak akan sampai nanti.

Setelah anda selesai mengisi dan mendaftar. Anda perlulah menunggu 1-2 hari untuk google menyimak permohonan anda dan kemudiannya memberikan kata putus kepada anda sama ada permohonan anda diterima atau tidak. Keputusan akan dimaklumkan menerusi email.

Jika permohonan anda diluluskan, Anda sudah boleh memperoleh pendapatan sampingan yang lumayan.

Anda sudah boleh meng”copy & paste” kod HTML yang diberikan kedalam website anda. Anda boleh memaparkan iklan tersebut secara menegak atau melintang dimana-mana saja bahagian di website anda. Anda juga boleh menukarkan warna iklan tersebut supaya ia bersesuaian dengan tema warna website anda.

Iklan-iklan yang dipaparkan pula adalah merupakan iklan-iklan yang berkaitan dengan website anda. Untuk maklumat anda, Google telah berjaya membina satu teknologi yang dapat mengesan topik serta kandungan di dalam website anda. Jika website anda bercerita mengenai komputer, maka, iklan-iklan yang akan dipaparkan adalah iklan-iklan yang berkaitan dengan komputer saja.

Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana iklan-iklan yang dipaparkan tidak berapa berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam website anda. Ini kerana, ia juga bergantung kepada iklan-iklan yang terdapat di dalam database pengiklanan google. Contohnya, anda telah membuat sebuah website yang menyediakan maklumat mengenai silat melayu, oleh itu, google sepatutnya memaparkan iklan-iklan yang berkaitan dengan silat di website anda. Tetapi malang, tiada satu pun iklan yang berkaitan dengan silat di dalam database google. Dalam arti kata yang lain, tiada satu pun pihak yang menjual peralatan-peralatan seni bela diri mengiklankan website mereka di google. Oleh itu, tidak akan ada iklan yang berkaitan silat dapat dipaparkan di website anda. Sehubungan itu, anda mungkin akan melihat iklan-iklan lain pula seperti iklan mencari teman atau pun iklan-iklan yang tertulis “Ikan Layanan Masyarakat”. Untuk maklumat, anda tidak akan menerima sembarang bayaran jika orang meng”klik” iklan-iklan yang mempunyai tag “Iklan Layanan Masyarakat” di website anda. Oleh itu, anda perlulah mengubah topik yang terdapat di website anda kepada topik yang lain yang dirasakan lebih sesuai.

Itu cerita bagi permohonan mereka yang berjaya diluluskan. Bagaimana pula jika permohonan anda ditolak? Jika permohonan anda ditolak, anda mungkin boleh coba lagi.. antara sebab-sebab mengapa permohonan anda ditolak ialah mungkin.

1. Anda menggunakan webhosting percuma
2. Website anda menggunakan bahasa selain bahasa Inggris.
3. Website anda tidak teratur dan terlalu banyak broken link.
4. Website anda adalah website peribadi yang menceritakan tentang hal-hal peribadi anda. Google biasanya tidak menerima website seperti ini kerana ia tidak mempunyai topik yang spesifik.
5. Website anda adalah website ciplak/fotostat/template.

Terdapat banyak pihak diinternet yang menjual template-template website yang kononnya mempunyai katakunci yang bagus yang mampu memberikan wang yang banyak apabila orang ramai mengklik pada iklan google yang terdapat di dalam website template tersebut. Jangan menggunakan website seperti ini, permohonan anda bukan saja tidak diterima, malahan jika anda sudah mempunyai accunt google adsense, accunt anda mungkin akan di gantung dan dibatalkan.

Jangan Jadi Bodoh!

Ini adalah merupakan amanat keras kepada mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang tamak, gelojoh, ingin cepat kaya serta bodoh, yang cuba menipu atau mengambil kesempatan terhadap program adsense.

Saya telah menjumpai ramai orang-orang seperti ini yang telah mengambil tindakan bodoh dengan cara menipu supaya mereka dapat duit yang banyak dari program ini dengan cepat. Kebanyakkan dari mereka mengalami nasib yang serupa di penghujungnya, yaitu, accunt mereka dibatalkan.

Antara tindakan-tindakan bodoh yang dilakukan oleh mereka ini ialah.

1. Mengklik sendiri iklan-iklan yang dipaparkan diwebsite mereka
2. Menyuruh atau mengupah orang lain atau rakan-rakan mereka mengklik pada iklan google di website mereka
3. Pergi ke cybercafe dan kemudiannya mengklik iklan sendiri.
4. Pergi ke komputer orang lain dan mengklik iklan sendiri lagi.
5. Menggunakan template/website fotostat yang telah digunakan oleh beribu-ribu orang yang lain di internet.
6. Menyertai komuniti yang berpakat untuk mengklik iklan google sesama mereka.

Itulah antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh orang-orang bodoh yang mempunyai nafsu tamak dan ingin cepat kaya ini. Oleh itu, saya memberikan amarat yang sekeras-kerasnya kepada anda agar anda tidak melakukan perkara-perkara bodoh tersebut apabila menyertai program ini.

Saya menyeru kepada anda supaya kita sama-sama menggunakan kaidah yang tulus dan benar. Jaga nama baik rakyat Indonesia. Saya tidak mau perkara yang sama yang berlaku di Clickbank berulang. Tahukah anda, suatu masa dahulu, clickbank adalah merupakan sebuah program penjanaan wang yang amat berkesan diinternet. Pada ketika itu, ramai rakyat di dunia berpeluang mengeruk keuntungan dari internet dengan menyertai program ini. Namun begitu, disebabkan oleh tindakan orang-orang yang bodah yang wujud di dunia ini (orang yang tamak, goblok, pingin kaya cepat, kaki penipu, bodoh dan bengang), pihak clickbank telah menyekat program mereka dari disertai oleh orang-orang di dunia. Ini karena, mereka dapati, terdapat terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh accunt yang didaftarkan didunia.

Oleh itu, jangan biarkan perkara yang sama berlaku kepada program adsense! Janganlah jadi golongan orang-orang yang bodoh dan bengang!. Jadilah orang yang jujur, buangkan pemikiran bodoh yang mengatakan anda boleh jadi kaya dengan cepat. Tidak ada perkara seperti itu di dunia ini.

Sekian, salam netter dari saya dan selamat memperoleh pendapatan di internet dengan jujur dan halal..
Wassalam.......